Masa

Time in Kuala Lumpur:

Pages

Monday 28 April 2014

Dadah Menghancurkan Hidup

Ramai yang mengetahui bahawa dadah adalah bahan yang merosakkan manusia bahkan ianya boleh membawa kepada kematian. Namun, ramai di kalangan masyarakat kita tidak mengetahui apa itu dadah dan jenis-jenis dadah. Akibat daripada kekurangan maklumat tersebut maka akan menyebabkan seseorang itu mudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Apa yang boleh dikongsikan adalah mengenai satu slogan yang biasa saya tujukan kepada masyarakat di dalam setiap ceramah yang saya berikan, slogannya berbunyi "Dadah! Sekali Anda Cuba, Sengsara Seumur Hidup". Mengapa slogan ini? ternyata slogan ini adalah pemangkin kepada masyarakat untuk tidak sama sekali menyentuh najis dadah. Di dalam Islam sendiri telah mengharamkan penggunaan dadah, kerana sifat dadah itu mengkhayalkan dan memabukkan bahkan kebaikkannya lebih sedikit berbanding dengan keburukkannya.
Buah Popi

Apabila kita menyebut tentang dadah, ada juga menyatakan bahawa dadah adalah ubat dan bukan bahan terlarang. Kenyataan tersebut adalah benar, jika kita menyebut perkataan 'drugs' maka ia bermaksud ubat tetapi jika di Malaysia, apabila kita menyebut perkataan dadah maka ianya mahsyur dengan bahan yang merosakkan/mengkhayalkan/memabukkan/membunuh. Di dalam kamus pelajar mendifinsikan kepada dua maksud iaitu 1) Ubat-ubatan 2) Bahan yang mengkhayalkan. Jelas menunjukkan dadah lebih difahami oleh rakyat Malaysia adalah bahan yang mengkhayalkan dan merosakkan.

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Bahagian Pencegahan Dadah telah banyak melaksanakan program-program yang bersifat pencegahan kepada masyarakat. Kepelbagaian program mengikut kepada beberapa pecahan peringkat mengikut prospek. Antara startegi pencegahan dadah di bawah AADK adalah memastikan Institusi Keluarga Bebas Dadah, Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Tempat Kerja Bebas Dadah dan Komuniti Bebas Dadah. Setiap strategi ini mempunyai pecahan program kecil berdasarkan kepada kehendak persekitaran, budaya dan trend masa kini. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak AADK mahupun NGO seperti PEMADAM, namun gejala dadah ini tetap menular dan mudah masuk kepada golongan remaja di negara ini.
Pengarah AADK Johor bersama penduduk Taman Cendana, Pasir Gudang

Pelbagai berita telah disajikan kepada kita tentang kematian yang berkaitan penggunaan dadah, lagi menyedihkan apabila penglibatan daripada anak-anak muda melayu Islam. Apakah mereka ini tidak tahu bahawa dadah itu boleh merosakkan sistem saraf bahkan membawa kepada maut. Ternyata mereka ini telah diberitahu sejak dari zaman persekolahan lagi mengenai bahaya dadah tapi apakandaya hasutan syaitan itu lebih halus daripada ilmu yang dimilikinya. Oleh itu, peranan ibubapa sangatlah penting bagi memastikan setiap anak ditanamkan sifat membenci najis dadah seperti membenci najis babi. Penerapan ilmu agama perlu dititik beratkan kerana majoriti penagih dadah tidak mempunyai asas agama yang mendalam. Jika ada yang tertanya-tanya kaedah pencegahan dadah yang lebih berkesan dan komprenhensif maka boleh la terus menghubungi pihak AADK untuk mendapatkan info mengenai pencegahan dadah.
Ceramah Antidadah oleh Pegawai AADK

Diharapkan kesedaran terhadap bahaya dadah dapat dipupuk oleh setiap masyarakat tidak kira warna kulit, agama, bangsa mahupun pangkat. Kesatuan dan komitmen masyarakat amatlah diharapkan agar pengeluar dan pengedar dadah tidak mempunyai ruang untuk menjual dadah kepada masyarakat. Akhir sekali, pastikan tingkahlaku anak-anak diawasi kerana andai tindakan ini terlambat maka penyesalan tiada gunanya.
Wassalammualaikum w.b.t.

1 comment:

  1. How to Make Money off of Online Gambling - Work
    Online gambling หารายได้เสริม has become an deccasino integral part of gambling culture 바카라 사이트 in the United States. However, online gambling has also gained significant 2 answers  ·  1 vote: While the popularity of online gambling is not the only problem with it, some people also find it to be a source of

    ReplyDelete