Masa

Time in Kuala Lumpur:

Pages

Sunday, 3 January 2016

Rawatan Sengat lebah, Labis, Segamat, Johor Darul Ta'zim



Assalammualaikum w.b.t & Salam Muafakat Johor,

Di sini saya ingin berkongsi dengan teman-teman dan seluruh manusia di planet bumi ini mengenai kehebatan makhluk ciptaan Allah iaitu LEBAH.

Bila kita bicara tengtang lebah, sudah barang tentu kita hanya melihat pada khasiat MADUnya bukan pada keseluruhan lebah tersebut.

Namun, jika dibelek-belek tentang lebah ini, rupa-rupanya khasiat lebah bukan sahaja pada madunya tetapi kepada SENGATnya atau VENOM.

Sengatan lebih ini telah mula diamalkan sebagai sumber perubatan di negara China sejak 5 Milenium atau 5,000 tahun yang lalu.

Maka tidak hairanlah mengapa di dalam al-Quran terdapatnya surah lebah yang dikenali sebagai surah An-Nahl. Begitu hebatnya lebah sehinggakan ianya dimuliakan Allah S.W.T di dalam al-Quran. Sebagai seorang mukmin maka hendaklah kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang makhluk Allah yang bernama lebah ini.

Encik Ruslan Mohamad adalah pengidap penyakit Gout kritikal, masalah hati dan kerosakan buah pinggang. Beliau tidak pernah berputus asa untuk memulihkan penyakit yang dialaminya maka beliau telah mencuba kaedah Rawatan Sengat Lebah oleh seorang Cina di Kota Tinggi. Selama 8 bulan mendapatkan rawatan sengat lebah dan ternyata ianya telah menunjukkan perubahan yang positif serta beliau telah pulih sepenuhnya daripada penyakit tersebut.

Bermula dari situlah, beliau telah sendiri mempelajari kaedah rawatan sengat lebah di negara China selama 8 tahun. Berkat kesungguhannya maka beliau telah berjaya menghafal 5,012 titik utama di seluruh anggota badan untuk mengubati pelbagai penyakit. Sehingga kini, beliau telah menjalankan kaedah rawatan sengat lebah ini secara ikhlas bagi membantu pesakit kronik seperti kanser, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya yang memerlukan kos yang tinggi bagi rawatan perubatan moden.

Saya juga mendapatkan rawatan sengat lebah ini untuk penyakit athsma saya dan alhamdulillah ianya menunjukkan perubahan yang positif. Selain itu juga, ibu dan ayah saya juga mendapatkan rawatan ini bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi dan lebih menakjubkan kaki ayah saya yang hitam akibat kencing manis juga telah beransur pulih dan kembali normal.

Akhir sekali, saya sarankan kepada mereka yang mengalami masalah yang kronik, cubalah dengan kaedah ini. Segala penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Encik Ruslan di talian 013-7605539.



Tuesday, 29 December 2015

Lama tak menjeguk

Assalammualaikum w.b.t semua yang datang melawat Blog saya yang tak seberapa ini.
OK lah, sedikit perkongsian mengenai mengenai percutian keluarga saya Haji Abdul Rahmah (HAR) Family di Melaka.

Pada tanggal 24 hingga 26 Disember 2015 yang lalu, kami sekeluarga telah merancang satu percutian santai di Melaka. Saya sendiri telah merangka jadual percutian di Melaka namun begitu hanya dalam 70% sahaja yang dapat dipenuhi di dalam jadual tersebut dan selebihnya hanya menjadi rindu bayangan saja...kikikiki.

Pada 24hb Disember 2015 kami telah bergerak dari Johor Bahru ke Melaka pada jam 7.00 pagi (dalam jadual) hakikatnya pergerakan betul2 bermula pada jam 8.30 pagi. Nampak tak permainan dorang ni... abg long saya 'Celak' dalam group wassap suh gerak pukul 6.30 pagi tetapi bila sampai masanya...memang hampeh.. dia gerak kol 9.00 pagi, nampak lagi permainan dorang ni...huhuhu..

Ok, kita teruskan lagi... so kalau ikut jadual, sarapan di Melaka dan oleh kerana semuanya bergerak secara siput sedut maka semua sekali bersarapan di RnR Pagoh. Setelah tibanya di Melaka, tempat pertama sekali yang kami sergah adalah Bayou Lagoon Waterpark. Tapi saya tak mandi pun, al maklumlah begitu ramai rakyat jelata yang mandi kat sana, jadi kitaorang meraikan anak-anak buah yang memang mengidam nak mandi secara berjemaah ni. Cuaca agak panas terik, tepat jam 11 memanglah matahari mencanak dan sinaran ultra violet berjaya menyerang sel-sel kulit yang mengakibatkan sebahagian tubuh anak buahku menjadi Dickson Nwakame kikikiki...

Setelah selesai mandi-manda di Bayou Lagoon Waterpark. Perut mulai mendendangkan lagu Dendang Perantau... so masing-masing kelaparan. Terus kami nak pekene Hajah Rahmah Kari Kepala Ikan di area Bukit Katil, tak jauh dari Bayou Lagoon. Malangnya, restoran tu penuh dengan pelbagai jenis manusia yang datang hingga tempat parking kereta pun takde. Bila dibincang-bincang, kitaorang pun putuskan untuk mencari tempat lain... aku start Waze tempat yang baik... So jumpalah Nasi Beryani Haji Tamby. Orang kata, nasi beryani ni sedap dan femes... so kitaorang pun duduk dan oder makanan.. bila lapar semua jadi sedap... tapi bagi aku, nasi beryani Haji Tamby lom cukup power nak lawan dengan Nasi Beryani Orang Kawin kikiki...

So, bila semua dah kekenyangan, kitaorang pun pergilah Check in Homestay Anugerah di Taman Tasek Utama, MITC. Sampai di sana, kami pun berehat dan keluar kejap cari bahan utk memasak jemput-jemput. Adik aku masak jemput2.. Peh! dia punya masin, darah tinggi boleh naik sampai siling.. main tabur je garam, ingat mcm tabur baja ker... so second round barulah ok rasanya...

Di malam hari, kami mencari tempat makan.. masing-masing dah penat so nak cari tempat makan di area MITC jer.. so jumpalah Restoran Naiman. Nampak ramai orang yang singgah kat restoran tu, so apa lagi.. kitaorang pun park kereta and duduk beramai-ramai. Oderlah ikan siakap 3 ekor.. satu masak stim dan lagi dua masak 3 rasa.. namun akibat kebanggangan tukang masak tu.. dia leh masak 2 masak stim dan satu 3 rasa.. kitaorang tengok tukang masak tu kecik beso kecik beso jer.. so mak aku telah memberi komen bahawa masakan pada malam itu tidak berapa kick.. so pasni takdelah nak singgah lagi.

Sambung keesokkan harinya, kami semua pergi berjalan di Bandar Hilir. Antara tempat yang kami lawati Muzium Portugis, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan dan Butik HM. Tempat jam 1.30 kami bertolak untuk mencari makan tengahari. Aku dah waze satu tempat ni... Restoran Asam Pedas Clypot di Jalan Laksmana. Setibanya di sana.. kuciwa lagi.. tutup.. ada satu lagi tapi ramai gile pulak.. last-last semua dah tension.. mcmana tak tension.. tersangkut dalam jem.. memanglah tension dengan perut lapar... so kitaorang pegilah Restoran Just Nice di MITC. Lapar punye pasal.. makanlah apa yang ada,.. pun sama gak.. makananya tidak sedap mana pun.. lepas makan, kami terus ke Wonderland Waterpak Melaka. Setibanya di sana... semua tak sabar nak mandi.. dan yang bestnye tak ramai orang.. nak tau kenapa tak ramai.. sebab orang semua dah balik.. kitaorang masuk kol 5.00 petang.. tutup kol 7 malam.. apapun memang best walaupun sekejap jer...uhuhuhu.. ini semua idea abg long Celak... kalau ikut jadual, mandi pagi... tapi disebabkan pandangan dia lebih kuat so tu yang dapat mandi 2 jam jek... puii..

Malam lak, kami keluar g makan di Restoran Ikan Bakar Sungai Duyong. Pehh!!... sampai je di sana.. orang beratur panjang. Nak tak nak.. kenalah beratur tunggu giliran.. bayangkan beratur Jam 9.. dapat meja makan jam 10... dah pukul 10 malam.. selera makan pun kurang.. so ratah je la ikan bakar tue.. malang-malang. 

Esok pagi, sebelum kami pulang ke Johor Bahru... singgahlah tempat yang menjadi buah mulut orang ramai iaitu Coconut Shake Batu Berendam. Alhamdulillah, yang ni tak kena beratur sebab kami sampai awal. Coconut Shake ni memang sedap berbanding di Klebang, so lepas je melantak di situ kami pun terus pulang ke Johor Bahru...sebelum ke JB.. singgah dulu di Labis untuk mendapatkan Rawatan Sengat Lebah... Torbaikk!!..

Monday, 28 April 2014

Dadah Menghancurkan Hidup

Ramai yang mengetahui bahawa dadah adalah bahan yang merosakkan manusia bahkan ianya boleh membawa kepada kematian. Namun, ramai di kalangan masyarakat kita tidak mengetahui apa itu dadah dan jenis-jenis dadah. Akibat daripada kekurangan maklumat tersebut maka akan menyebabkan seseorang itu mudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Apa yang boleh dikongsikan adalah mengenai satu slogan yang biasa saya tujukan kepada masyarakat di dalam setiap ceramah yang saya berikan, slogannya berbunyi "Dadah! Sekali Anda Cuba, Sengsara Seumur Hidup". Mengapa slogan ini? ternyata slogan ini adalah pemangkin kepada masyarakat untuk tidak sama sekali menyentuh najis dadah. Di dalam Islam sendiri telah mengharamkan penggunaan dadah, kerana sifat dadah itu mengkhayalkan dan memabukkan bahkan kebaikkannya lebih sedikit berbanding dengan keburukkannya.
Buah Popi

Apabila kita menyebut tentang dadah, ada juga menyatakan bahawa dadah adalah ubat dan bukan bahan terlarang. Kenyataan tersebut adalah benar, jika kita menyebut perkataan 'drugs' maka ia bermaksud ubat tetapi jika di Malaysia, apabila kita menyebut perkataan dadah maka ianya mahsyur dengan bahan yang merosakkan/mengkhayalkan/memabukkan/membunuh. Di dalam kamus pelajar mendifinsikan kepada dua maksud iaitu 1) Ubat-ubatan 2) Bahan yang mengkhayalkan. Jelas menunjukkan dadah lebih difahami oleh rakyat Malaysia adalah bahan yang mengkhayalkan dan merosakkan.

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Bahagian Pencegahan Dadah telah banyak melaksanakan program-program yang bersifat pencegahan kepada masyarakat. Kepelbagaian program mengikut kepada beberapa pecahan peringkat mengikut prospek. Antara startegi pencegahan dadah di bawah AADK adalah memastikan Institusi Keluarga Bebas Dadah, Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Tempat Kerja Bebas Dadah dan Komuniti Bebas Dadah. Setiap strategi ini mempunyai pecahan program kecil berdasarkan kepada kehendak persekitaran, budaya dan trend masa kini. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak AADK mahupun NGO seperti PEMADAM, namun gejala dadah ini tetap menular dan mudah masuk kepada golongan remaja di negara ini.
Pengarah AADK Johor bersama penduduk Taman Cendana, Pasir Gudang

Pelbagai berita telah disajikan kepada kita tentang kematian yang berkaitan penggunaan dadah, lagi menyedihkan apabila penglibatan daripada anak-anak muda melayu Islam. Apakah mereka ini tidak tahu bahawa dadah itu boleh merosakkan sistem saraf bahkan membawa kepada maut. Ternyata mereka ini telah diberitahu sejak dari zaman persekolahan lagi mengenai bahaya dadah tapi apakandaya hasutan syaitan itu lebih halus daripada ilmu yang dimilikinya. Oleh itu, peranan ibubapa sangatlah penting bagi memastikan setiap anak ditanamkan sifat membenci najis dadah seperti membenci najis babi. Penerapan ilmu agama perlu dititik beratkan kerana majoriti penagih dadah tidak mempunyai asas agama yang mendalam. Jika ada yang tertanya-tanya kaedah pencegahan dadah yang lebih berkesan dan komprenhensif maka boleh la terus menghubungi pihak AADK untuk mendapatkan info mengenai pencegahan dadah.
Ceramah Antidadah oleh Pegawai AADK

Diharapkan kesedaran terhadap bahaya dadah dapat dipupuk oleh setiap masyarakat tidak kira warna kulit, agama, bangsa mahupun pangkat. Kesatuan dan komitmen masyarakat amatlah diharapkan agar pengeluar dan pengedar dadah tidak mempunyai ruang untuk menjual dadah kepada masyarakat. Akhir sekali, pastikan tingkahlaku anak-anak diawasi kerana andai tindakan ini terlambat maka penyesalan tiada gunanya.
Wassalammualaikum w.b.t.

Sunday, 27 April 2014

Salam Perkenalan

Akhie Udes


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi maka dapat jua kita bersama di dalam dunia Maya ini, semoga melalui medium ini, kita dapat berkongsi maklumat dan pengalaman untuk membina diri ke arah kebaikkan dan kecemerlangan.

Saya Akhie Udes, mengucapkan selamat beribadah fillah...